sudi2kan main tekan-tekan kat sini ye..anda buat saya dapat...hehehhe

Monday, April 18, 2011

lesson for today..

It doesn't matter how BIG your problem is,
you can't use it  as a tool to mess up someone's life.





Friday, April 15, 2011

enough~

~~tutup buku~~



Thursday, April 14, 2011

haish....

orang lain buat hal...
orang lain yg tanggung akibat....
sakit hati tau?!!!



Wednesday, April 13, 2011

pantang larang....

bila dah mula menyandang gelaran ibu hamil ni..
banyak dugaan sbenarnya..
banyak juga pantang larang...
oh yer..ko ni bukan 1st time mengandung...
mmglah..tapi setiap kandungan tu kan perlu dijaga...
perbuatan,tingkah laku,butir bicara,pandangan...
pendek kata semasa mengandung ni umpama berpuasa la...
semua kena puasa...
kena jaga mata,mulut etc...
aku ni try jugaklah sejak dua menjak ni menjaga tutur bicara...
walaupun kdg2 bila setan dah simbah minyak tu...
mulut ni laju jer nak...
heheheh...
tapi...SABAR...
bila org yg mmg dr dahulu kita tak berkenan,macam cari pasal pulak tetiba...
takleh nak kata apa lah...x nak pandang muka dia and just beristigfar...
and  SABAR lagi...
bukan apa..takut kalo tak suka sangat..takut kalo tercakap banyak nant...
anak pulak yg kena kesannya...
nauzubillah...
mintak dijauhkan...
taknak dengar nanti org cakap bukan2...
yer tak?





Friday, April 8, 2011

aku tak mahu suamiku......berdosa...

Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku melabuhkan jilbabku
Berusaha menutup sempurna auratku
Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku perlengkapkan diriku
Dengan ajaran agama
Agar dapat membezakan
Antara yang benar dan salah
Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku hadkan pergaulanku
Dengan yang bukan mahramku
Aku tak mahu suamiku berdosa
Lantas aku menjaga diriku
Agar terhindar dari fitnah manusia
Aku tak mahu suamiku berdosa
Kerana aku sayangkan suamiku
Dan aku tak mahu suamiku terhumban
Ke neraka jahanam kerana diriku
Aku tak mahu suamiku berdosa

Kerana aku
Aku tak mahu suamiku berdosa..



*sumber gambar:google*
*sumber artikel : i luv islam

Thursday, April 7, 2011

alahai....

lama je tak update blog..
sibuk me'mabuk'kan diri....
and sebenarnya tak der idea nak membebel apa....

cuma nak merungut jer...
sekarang ni kena keluar awal untuk merebut parking...
sebab parking kat luar nuu...
dah kena bayo!
sejam = rm1...
kalo dari kul 8-5.30 petang?
akak sebelah aku ni kena caj rm10 tau..
itu baru sehari...
kalo sebulan?

terasa betul 'sengsara' nyer skarang...
org luar ingat penjawat awam ni untung sentiasa...
tapi kami ni,gaji dah la ciput...
kena bayar parking pulak yg mahal giler tu?
oh tidak.com..x mampu mak,nyahh oiii....

itu belom kita terima kenaikan harga minyak 95 pulak..
skang ni dah ada ura2 dah...
bila org2 yg tertentu dah bagi hint untuk tak dapat menjamin harga minyak tak naik....
alamat itu salah satu lagi berita GEMBIRA yg patut kita terima dgn senang hati...
betullah tu...rakyat didahulukan...
*sigh*

apa yg penting skarang...kami suami isteri kena buat budget,,
belanjawan berhemah...banyak duit nak guna ni,,
untuk menyambut kehadiran org baru insyaAllah hujung tahun ni...
untuk masuk umah baru,juga InsyaAllah hujung tahun ni...
raya lagi...tapi raya tahun ni kat sini,so budget utk balik kg x perlu..
just budget utk baju raya...
oppsss!!
terlebih bercerita..
puasa pun x ganti lagi...
tunggu kandungan stabil...sbb skarang ni perut x leh kosong langsung...
mual giler...
insyaAllah sebelum bulan Ramadhan tiba,hutang puasa akan dapat dilunaskan...
insyaAllah...

apa lagi nak cerita ek?

esoklah pulak...

...assalamualaikum.....

Monday, April 4, 2011

oh!

pagi isnin...
hmmm..sgt lembik dan lesu rasanya badan ini..
adakah sbb x mkn mlm td?
x larat.....and morning sickness?
semakin galak...
tp akan ku cuba mengawalnya sekuat mungkin...
and agenda muntah tepi longkang di mana sahaja ku berada...
telah bermula...
kepala pening...
and pelik..apsal betis mcm sakit...
bukan banyak jalan pun...
k guys..c u later..