sudi2kan main tekan-tekan kat sini ye..anda buat saya dapat...hehehhe

Tuesday, June 14, 2011

kl gangster..manyak syokk ooo!!

ni pendapat aku la semata-mata..kang korang tengok tetiba tak best pulak..jangan salah kan mak yer nyah?
ikutkan minggu lepas+minggu ni dah 3x aku laki bini menjejaki gsc alamanda tu....selalunya sebulan sekali jer paling x..itu pun depends pada cerita yg kuar...so 1st movie yg kami tgk last week is Super8...memula aku mg cam x minat nak tgk..dah encik hubby ye-ye ajak tengok...aku ikut jerlah...
dari dia ajak org lain teman kang,lagi naya......


aku ingatkan citer ni pun citer superhero cam x-men tu...tapi hampa...habis cerita laki aku tanya..apa yg super 8 nya?x dapek nak jawab do abg oii...
citer psal bebudak yg nak buat filem pendek,citer zombi gitu..and ada lak time tu eksiden ketapi...
and time tu lah mula banyak perkara2 menakutkan kat town diorg tu...
last2 yg kuar ialah alien...tu lah kot super 8 nyer...
ntah..x paham aku....


tghmalamnyer pulak,kami anak beranak+adik aku (p.a alya) tgk citer x-men kul 12.20 nyer show...
oleh sebab alya sebelum tu dah minum milo ais..mmg aktif giler r malam tu...
suko deh dpt kuar memalam...
(kalo onyang dia tahu ni mampus aku!)
tapi yg best jer...start jer citer x-men tu,dia terus pengsan!tidolah tu...sampailah habis wayang...
bunyi bom ke bunyi apa ke dia tak kisah...hahaha..bagus anak aku...
tapi habis je wayang terus jaga and ceria macam biasa..penangan milo tak habis lagi kot...haishh...

opss..melalut..nak citer pasal x-men...
aku mmg suka tgk x-men ni..sgt suka ok?
so overall aku mmg puas hati la...
just hubby aku comment ada certain2 part dalam citer tu cgi nyer nampak kureng real...
hubby akunyer comment..
aku puas hati sbb leh tgk camner x-men tu ditubuhkan..
syok jugaklah and kesudahannya habis cerita tu,kami anak beranak tido kul 3 pagi...
itu pun lepas ibu guna kuasa veto utk suh ayah n anak tu tido....
kalo ikutkan alya,dia dah ajak dia kuar tengok tv dah...
alya..alya...

and last but not least..
smalam kami berdua(sbb anak kt kg) g tgk KL Gangster....
dari awal sampai akhir mmg menarik minat aku untuk tengoklah..
just aku duk tutup mata bila part2 yg agak ganas tu....
overall aku nak kata aku puas hati tengok citer tu...
agak best la..
sbb expectation aku citer ni sama mcm citer biasa tu...
iklan je gempak..citer hancus...
tapi citer ni tak...mmg syok oo...
tgk zizan dengan lawak selambanya....
aaron aziz a.k.a malek a.k.a seth tan yg sgt hensem dan macho dan tough dan dan dan...
sgt jatuh cinta dgn aaron aziz....opss! 
overall citer dia mmg best lah!
bak kata hubby aku..highly recommended..heheh
k lah...sampai di sini sahaja...
idea dah hilang gara2 terpaksa turun ke bawah sebab diarahkan mengosongkan bangunan...
sebab apa?gegaran dapat dirasai di bangunan pejabat kami ni...
kantoi berblog masa keje
tak salah aku Satu gempa sederhana bermagnitud 5.5 skala Richter telah berlaku di Sumatera Utara pada pukul 8.08 pagi, 14 Jun 2011. Pusat gempa bumi tersebut terletak di latitud 1.8 Utara longitud 98.8 Timur. 330 km dari barat daya Klang, Malaysia. " - MET
dekat sgt dengan malaysia dah tu...
gerun jugak...
Ya Allah,selamatkanlah kami dari segala bala bencana yg berlaku....
amin....

p/s : teringat anak yg jauh di mata...sob sob....

Monday, June 13, 2011

TrageDi ciNta IsterI

Dalam episod cinta takdir sering menguji kita. Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa dia tidak setia? Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang menerima nasib begini?Kita merasakan kitalah yang paling malang. Hanya mulut mengaku Allah itu Tuhan tetapi mengapa dengan takdir-Nya kita enggan? Semacam terlupa kata peneguhan di dalam al hadis dan Al Quran bahawa besarnya masalah, beratnya ujian dan hebatnya cabaran... berkadar terus dengan kekuatan iman.

Inilah hakikat yang mesti menjadi pegangan dalam menghadapi tragedi cinta di dalam rumah tangga. Tragedi cinta menjadi ujian iman dan tauhid sesetengah kita. Setiap orang ada medan ujiannya masing-masing. Dan untuk isteri yang teruji dengan pasangannya, sematkan di dalam dada... bahawa itulah takdir yang dipilih oleh Allah untuk menguji keimanan kita.

Bukankah sudah diungkapkan oleh sejarah, ada isteri yang baik diuji dengan suami yang jahat seperti Siti Asiah isteri kepada Firaun laknatullah. Bujukan Allah cuma satu, bergembiralah dengan pahala di sebalik ujian itu. Tenanglah dengan jani-janji syurga. Ini bukan 'escapeism' tetapi itulah iman. Yakinlah, bahawa cinta yang lebih besar sedang menguji cinta yang lebih kecil. Cinta Allah sedang menguji cinta kita kepada isteri atau suami.

Dan jika cinta yang kecil itu rapuh, jangan pula cinta yang lebih besar itu roboh. Percayakan janji-janji Allah di akhirat adalah penawar paling mujarab untuk menghadapi keperitan ujian hidup di dunia. Ketika disiksa menjelang kematiannya, Siti Asiah hanya memohon kepada Allah untuk mendapat rumah di dalam syurga. Jadi usah dikorbankan akhirat kita hanya kerana dipersiakan oleh cinta kita di dunia.
Bagaimana sekiranya, cinta kita sudah dipersiakan? Pasangan kita seolah-olah menjadi 'orang lain'. Bukan dia yang kita kenal dahulu. Apakah ketika itu kita akan jadi panasaran? Habis segala laci, meja tulis, kereta atau begnya kita selongkar. Telefon bimbitnya, email, facebook dan apa sahaja milik peribadinya kita bongkar. Mencari dan menghidu kalau-kalau terdapat bukti kecurangannya. Siang malam diamuk gelisah. Kita bagaikan dirasuk.

Pada saat genting itu tekanlah butang 'pause'. Bertanyalah pada diri, apakah kita masih menaruh harapan? Jika jawapannya masih ya, maka nyalakanlah harapan itu – keep hope alife! Berusahalah untuk memperbaiki diri. Dakap cinta Allah erat-erat. Moga perubahan itu membuahkan harapan yang  akan merubah pasangan kita.

Tempuhlah jalan-jalan yang baik dan dibenarkan oleh syariat untuk membetulkan keadaan. Jangan cuba membasuh najis dengan air najis. Maksudnya, jangan gunakan jalan yang salah untuk membetulkan kesalahan pasangan kita. Nanti keadaan akan bertambah buruk. Terimalah takdir itu dahulu. Jangan mungkir. Kita tidak mungkin dapat mengawal arah tiupan angin, tetapi kita masih mampu mengawal kemudi pelayaran.
Setelah berusaha sehabis daya... istirehatkan hati dan minda. Cuba tenangkan perasaan. Dia bukan segala-galanya dalam hidup yang singkat ini. Harapkan yang terbaik tetapi bersedialah menghadapi yang terburuk. Jika terpaksa kehilangan cinta itu bukan bukan bermakna kehilangan segala-galanya.



artikel dicopy dari iluvislam.com

Thursday, June 9, 2011

last minit!!

lamanya tak update paper...
takder idea nak membebel...
tgk  blog2 org lain pun lama gak x update..
masing2 dilanda demam sibuk agaknya...
skang ni haku dalam proses mengganti puasa...
puasa Ramadhan tahun lepas yg tertinggal...
total 8 hari...termasuk hari ni baru 2 hari poser..
ada lagi 6 hari..aduii....
aku berazam untuk puasa setiap khamis..
mudah2an sempat lah menggantikannya....
and Insyaallah tahun ni dapatlah puasa penuh...
amin.....