sudi2kan main tekan-tekan kat sini ye..anda buat saya dapat...hehehhe

Monday, February 28, 2011

Terima kasih sayang....

salam...
selamat hari isnin.....
pesal ek pepagi aku dah kata terima kasih sayang?

hehehe...
sbenarnya 1stly is terima kasih sayang sebab sudi mengorbankan cutinya untuk menjaga anak kami yg dilanda demam...demam nak pandai apa lah agaknya kali ni?

keduanya...terima kasih sayang kerana sudi membawa kami bercuti pd hujung minggu baru2 ni....heheheh
sanggup berkorban  masa, pitih dan tenaga sepanjang percutian kami disana...hehehe..
sepanjang...macamlah lama no bercutinya...

sebenor2 nyer...
plan asalnyer kami akan bertolak ke kerteh pada sabtu pagi sempena menghadiri perkahwinan sepupu husband aku....tahniah mek da!semoga bahagia hingga ke akhir hayat..
takyahlah aku nak citer pasal kenduri kawin ni pulak..kang ada lak makhluk2 yg bijak pandai yg memanipulasi citer aku...
then lepas selesai menjalankan tanggungjawab menghadiri kenduri kawin sepupu husband aku tu..
 kata husband aku ni..dia nak g jalan2 kat kuantan...
nak jupe kawan2 lama katanya..
nak mengulit kenangan zaman bujang dulu pun ye gak...
kami ni ngikut jer...
tup2...g check in kat sini...



hehehe..terkejut aku,,,suprise la kononnnya ni...mmg aku terkujat la kejap..pastu terus tune mood dari mood kenduri ke mood bercuti!!thanx sayang....

Swiss-Garden Resort & Spa Kuantan Cherating - Junior Suite

ni pulak bilik yg ditempah oleh encik hubby untuk kami berdua bertiga...tetiba termasuk mood honeymoon lak sampai terlupa alya untuk 3 saat...sorry anakku..ekekkeke


ini lak pool nya..sempat lah jugak lepas check in tu alya and ayah nyer berendam kat dalam tu...
aku pun join gak lepas disuruh oleh tuan besar..tapi baru 5 minit aku masuk kolam..tuan besar dah ajak naik bilik...ces!!
nasib baik mood baik..aku senyummm jer....
*saper nak muntah hijau tu..g amik baldi ok*

oleh sebab cuaca kat malaysia ni mmg panas...aku ni mudah diserang sakit kepala...4 biji jugak panadol aku telan +2 actifast keesokan harinya...spoil betul mood holiday...pada malam sabtu tu,kami kuar jalan2 kat bandar kuantan ni..and pegi makan di planet curry.(kalo x salah la)...and after tat terus balik bilik..flat!sgt x larat..niat hati nak tgk drama..last2 drama nengok aku...

kami check out keesokan harinya tepat kul 12 tghhari...singgah melawat kawan cik abe pastu terus balik putrajaya*tp sempat gak singgah kat jj setiawangsa*...sampai umah lebih kurg 9.30 pm...exhausted!

so,
kepada suamiku,
kekasih hatiku,
pujaanku,
terima kasih atas percutian kali ini!
terima kasih kerana sanggup memandu sepanjang perjalanan*pencapaian terbaru ni*
terima kasih kerana sudi melayan karenah kami 2 beranak...
terima kasih kerana bwk kami jalan2...
terima kasih sebab bwk kami tidur tempat yg best...
terima kasih sbb bwk kami mkn tempat sedap2...
terima  kasih.thank you.toche.
we luv tis vacation....
and we luv u more!

*selalunya syg jugak..tp kali ni lebih sikit..jgn marah bang...peace!*



p/s : sumber gambo2 hotel tu dari google yer...

Friday, February 25, 2011

~~sabaR vs Redha~~

selalu kita kata pada diri sendiri mahupun sahabat yg sedang ditimpa dugaan...

ataupun yg sedah mengalami kesusahan...

sabarlah temah...redhalah dengan ketentuannya Joyah...

tetapi sedarkah kita beza antara sabar dan redha itu?

meh kita tgk bezanya..aku "pinjam" ayat org ni...

Redha merupakan keutamaan yang dianjurkan.
Sabar adalah kewajipan mutlak yang perlu dilakukan oleh seorang mukmin.

Insan yg sabar atas sesuatu musibah akan memanggil kepedihan memukul perasaannya. Lagi lama seseorang itu sabar atas sesuatu musibah semakin menebal kepedihan memenuhi hatinya kecuali dengan memiliki sikap redha. Redha ibarat air yg menyejukkan bara api yg sedang menyala.

Orang yang redha, ketika ditimpa musibah, ia akan mencari hikmah ALLAH yang terkandung disebalik ujian itu. Sebenarnya ALLAH telah memilihnya sebagai orang yang tiba giliran utk menerima ujian itu. Dia memahami bahawa ujian adalah jalan Allah untuk menaikan darjat hamba2nya yg DIA sayang,disamping mengugurkan dosa2nya.

Redha adalah ibarat pujukan Allah dengan ilmu dan kefahaman bahawa inilah dari rahmat Allah yg merupakan anugerah pada hamba2nya yg DIA sayang. DIA sekali-kali tidak bermaksud mantijah keburukan dengan ujian yg ditimpa keatas makhlukNYA itu.

Perbezaan antara redha dan sabar; bahawa sabar adalah menahan nafsu
dan mengekangnya dari kebencian (sekalipun menyakitkan) dan mengharapkan akan segera berlalunya musibah.
Sedangkan redha ialah kelapangan jiwa dalam menerima takdir ALLAH dengan tidak mengharapkan hilangnya musibah itu tetapi menjadikan redha sebagai penawarnya.


p/s : aku akui kebenaran kata-kata ini..selama ni bila aku diduga dengan sesuatu..aku akan kerap mengatakan pd diri sendiri..sabar wani..sabar..hakikatnya amarah itu tetap ada...
tetapi bila aku bersikap redha dgn ujian yg diturunkan,hati aku jadi makin lapang...makin tenang..
itu aku la.kalo ko aku tak tahu lak kan..ko dan aku kan berbeza...


Thursday, February 24, 2011

SeadanyA....

artikel ni di"copy" dari notes dalam fb seseorang....sekadar renungan...

Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh meriah….semua kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yg berbahagia tersebut. Suatu acara yg luar biasa dan sungguh meriah. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dngan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yg memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh2 sepadan.

Beberapa bulan kemudian, si suami berkata kpd isterinya:

“syg, abg baru membaca sebuah artikel dalam majalah tntang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita”, katanya sambil menunjukkan majalah tersebut”…

“masing2 kita akan mencatatkan hal2 yg kurang kita sukai dr psangan kita. Kemudian, kita akn mmbahas bgaimn kita mgubah hal2 trsebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia…”

Isterinya setuju dan mrk mula memikirkan hal2 dr psangannya yg tidak mrk sukai dan berjanji tidak akn tersinggung ketika psangannya yg mencatat hal2 yg kurang baik krn ia adlah untuk kebaikan mrk bersama. Malam itu mrk sepakat utk berpisah tidur dan mencatat apa yg terlintas dlm benak mrk masing2. Esok pg ketika sarapan, mrk sedia membincangkannya.” Abg akan mulai dulu ya”, kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Bnyk sekali yg ditulisnya, sekitar 2 muka surat…..ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yg tidak dia sukai mengenai diri isterinya, ia memperhatikan isterinya tertunduk dan sedikit air mata bergenang di sisi matanya…mgkin ada sedikit kesedaran pd perwatakannya sebelum ini tanpa disedari….

“ maaf sayang, apakah abg harus berhenti?” tanyanya. “Oh tidak, teruskan…” jawab isterinya. Lalu si suami melanjutkan membacakan senarai.

Giliran sayang…abang sedia mendengarnya”..dgn suara perlahan dan tersekat-sekat isterinya berkata, “Maafkan sayang…sayang tidak mencatat sesuatu pun di atas kertas sayang.syg fikir bahawa abg sudah sempurna di sisi syg. Dan syg tidak ingin mngubah akn diri abg. Abg adlah diri abg sendiri. Abg hensem dan baik hati di sisi syg. Tidak ada satupun drpd peribadi abg yg syg dapati kekurangannya. Syg cintakan suami syg yg dulu, sekarang dan selamanya selagi hayat syg. Si suami tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati isterinya…bahawa siisteri menerima dirinya seadanya.

Dia kemudian tertunduk dan mengalir air mata.

Sebelum kita mencari kekurngan org lain, carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dgn org lain????kalau jawapannya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN. Krn tiada manusia yg SEMPURNA dlm dunia ini dan sentiasa ada yg perlu diperbaiki..

Hakikatnya org2 yg menyayangi diri kita krn klebihan kita dan menerima sgala kelemahan kita, sudah pastinya org ini adlah sgt ikhlas menyayangi kita…


Wednesday, February 23, 2011

hmm..nak ke tak?

     
mesti korang tertanya-tanya apa yg nak?apa yg x nak ni kan?
sebenor2nyer teman nie duk terpikior2....
anak teman dah setahun 6 bulan....
and hati ni mcm teringin pulak nak menambah ahli keluarga...
sementara umur masih agak muda ni kan?
and semasa masih bertenaga ni...
teringin nak dukung baby lagi..
cium baby..menyusukan baby...
bagi alya kawan untuk bermain...
nant by the time baby lahir..
alya mesti dah 2 tahun lebih...
lagipun alya dah pandai panggil adik...cakap kakak...
kesian tgk alya main sorg2..
hehehe...
tapi agak2...nak ke x nak?

p/s : bang,camner bang?
ada beran nak masuk labour room lagi?







Tuesday, February 22, 2011

hai manusia.....

Assalamualaikum....

salam hari selasa..

sebenarnya hari ni tengah semangat untuk buat keje...

and masa tangan tgh lincah buat keje,dalam masa yg sama sibuk gak pk apebenda nak aku carutkan coretkan dalam blog aku ni....

and after view a few blog...aku ada gak bukak page 'manusia-manusia' yg aku x pernah kenal and ketahui kewujudan mereka...tetapi tiba-tiba dengan berminatnyer mereka 'terjah' dalam kehidupanku...

perkara ni dah lepas tapi untuk jadikan ia seperti pepatah 'lets bygone be bygone' ni...aku rasa belum ada kemaafan untuk mereka...sbb  kalian x tau cerita tetiba kalian nak menerjah..oh..sgt aku tidak boleh terima!

dah..malas nak cerita pasal manusia2 ni...benar..kemaafan adalah dendam yg terindah..tapi not at tis moment...kalo sampai aku mati aku masih x maafkan kalian..c u "there"..pandai sebut pasal anak aku..jangan lupa kalian beranak jugak!

and aku pasti...yakin...Allah tahu perkara sebenarnya....Allah tahu apa niatku....korang aper tau?

so...

Monday, February 21, 2011

bIla haTi isTeri TerlUka...

~~~tertarik pula bila baca ni...~~~


Bila isteri terluka
Sumber: http://mysweetlife-nurindah.blogspot.com/



Untuk berkongsi dengan pembaca(kalo ada yg baca lah)..untuk panduan para suami...jua pesanan saya pada diri sendiri... jangan relakan hati merana dgn berpura-pura gembira. Kena luahkan dan tunjukla jika tidak suka. Suami bukanlah Raja yang akan pancung kepala orang sesuka hatinya. Suami ialah sebahagian hati kita, yang jika Jiwa Isterinya terbakar separuh, maka jiwanya turut rentung bersama....

Luahkan rasa tak puas hati semasa kejadian masih baru berlalu. Kerana suami cepat terlupa, bahawa dia telah melukakann hati kita. Jika kita pendam saja, lihatlah nanti, kita ungkit semua sampai suami pecah kepala, mengingatkan semua salah dia. Sedangkan kita selalu bermanja seolah-olah tiada apa-apa.

Pernyataan supaya isteri yang wajib menanggung segala rasa dan menahan keinginan, adalah sesuatu yang perlu diulas. Dibuka terang lebar.

1. Isteri yang bersuara kuat dan gelak mengatakan dia "tak apa-apa", sedang berjuang untuk memastikan hatinya tidak terluka. Peganglah tanggannya..

2. Isteri yang tajam pandangannya ialah yang terluka hatinya, yang tidak mahu dipujuk, cuma hanya mahu gembira semula. Jangan banyak cakap.... kang kena 'fire'.

3. Isteri yang marah dan bengkeng ialah yang keliru antara ingin sedih atau kecewa... yang perlu tempat mengamuk segala. Berilah peluang dia menyeimbangkan hormonnya... dia lebih tau di mana salahnya.

4. Isteri yang redup matanya bila melihat suaminya, sambil tersenyum ialah isteri yg sedih hatinya, yang ingin dipujuk sebelum mengalir airmata. Pujuklah cepat.

5. Isteri yang menangis ialah yang ingin meluah rasa, yang ingin diberi ruang Sendirian melepaskan semua sendu di dada. Biarkan dia nangis sepuasnya.


Semuanya kerana seorang bergelar Suami ....

a. Kerana hanya dgn suami kita berkongsi kepala di bantal yg sama

b. Tempat berehat di dada yg halal,

c. Tempat kita tenang di tangan yang halal,

d. Berkongsi tubuh dan berkongsi ruang bilik.

e. Dgn orang yang kita sendiri yg redha utk hidup semati di hari akadkan.

Jadi, Redha, berterus-teranglah, dan selalulah memaafkan... hati lega, jiwa gembira, dan tiada salah sangka...

new life~~

salam..tis is my new blog...
my old blog telah "dibunuh" oleh orang2 yg hidup dalam dunia mereka...
yg berfikiran negatif..
takperlah..dugaan..pengalaman..
harap-harap tidak akan ada lagi stalker yg busuk hati..
yg hanya memandang tinggi pada diri sendiri..
yg buat kesimpulan sendiri...
semoga blog baru ni akan memberikanku semangat baru...

amin...