sudi2kan main tekan-tekan kat sini ye..anda buat saya dapat...hehehhe

Friday, February 25, 2011

~~sabaR vs Redha~~

selalu kita kata pada diri sendiri mahupun sahabat yg sedang ditimpa dugaan...

ataupun yg sedah mengalami kesusahan...

sabarlah temah...redhalah dengan ketentuannya Joyah...

tetapi sedarkah kita beza antara sabar dan redha itu?

meh kita tgk bezanya..aku "pinjam" ayat org ni...

Redha merupakan keutamaan yang dianjurkan.
Sabar adalah kewajipan mutlak yang perlu dilakukan oleh seorang mukmin.

Insan yg sabar atas sesuatu musibah akan memanggil kepedihan memukul perasaannya. Lagi lama seseorang itu sabar atas sesuatu musibah semakin menebal kepedihan memenuhi hatinya kecuali dengan memiliki sikap redha. Redha ibarat air yg menyejukkan bara api yg sedang menyala.

Orang yang redha, ketika ditimpa musibah, ia akan mencari hikmah ALLAH yang terkandung disebalik ujian itu. Sebenarnya ALLAH telah memilihnya sebagai orang yang tiba giliran utk menerima ujian itu. Dia memahami bahawa ujian adalah jalan Allah untuk menaikan darjat hamba2nya yg DIA sayang,disamping mengugurkan dosa2nya.

Redha adalah ibarat pujukan Allah dengan ilmu dan kefahaman bahawa inilah dari rahmat Allah yg merupakan anugerah pada hamba2nya yg DIA sayang. DIA sekali-kali tidak bermaksud mantijah keburukan dengan ujian yg ditimpa keatas makhlukNYA itu.

Perbezaan antara redha dan sabar; bahawa sabar adalah menahan nafsu
dan mengekangnya dari kebencian (sekalipun menyakitkan) dan mengharapkan akan segera berlalunya musibah.
Sedangkan redha ialah kelapangan jiwa dalam menerima takdir ALLAH dengan tidak mengharapkan hilangnya musibah itu tetapi menjadikan redha sebagai penawarnya.


p/s : aku akui kebenaran kata-kata ini..selama ni bila aku diduga dengan sesuatu..aku akan kerap mengatakan pd diri sendiri..sabar wani..sabar..hakikatnya amarah itu tetap ada...
tetapi bila aku bersikap redha dgn ujian yg diturunkan,hati aku jadi makin lapang...makin tenang..
itu aku la.kalo ko aku tak tahu lak kan..ko dan aku kan berbeza...


No comments: